
Tentang NSR Global Solution
Penyedia latihan dan pembangunan profesional yang fokus pada bidang pendidikan, keusahawanan, serta pembangunan kemanusiaan.
Latar Belakang Syarikat
NSR Global Solution ialah syarikat latihan profesional dan perundingan yang ditubuhkan pada tahun 2017, berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta diiktiraf oleh pelbagai agensi kerajaan.
Sebagai penyedia latihan bertauliah di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE), kami komited untuk memperkukuh bidang Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak (ECCE), pembangunan profesional, serta latihan sumber manusia.
Selain itu, NSR Global Solution juga berdaftar dengan HRD Corp (HRDF) dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), membolehkan kami menawarkan pelbagai program latihan dan perundingan untuk sektor awam dan swasta di seluruh Malaysia.
“NSR” membawa maksud sebuah organisasi yang fokus pada Nurturing, Supporting, dan Redefining pendidikan melalui solusi latihan untuk komuniti dan industri. Nama ini dipilih untuk menggambarkan bahawa NSR bukan sekadar penyedia latihan, tetapi rakan solusi global dalam pembangunan pendidikan, inisiatif kemanusiaan, serta pertumbuhan profesional.

Pengasas

Pengasas NSR Global Solution yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang pendidikan dan latihan, serta komited membina pendidik dan profesional yang lebih kompeten.
Menjadi penyedia latihan dan pembangunan profesional yang terkemuka dalam sektor pendidikan, keusahawanan dan kemanusiaan.
- Menyediakan latihan berkualiti berdasarkan keperluan industri
- Membangunkan pendidik dan jurulatih ECCE yang berkemahiran
- Menyokong inisiatif tenaga kerja HRD Corp, KPM & JKM
- Membina jaringan strategik bersama institusi berkaitan
Nilai Teras Kami
Kami pegang pada kejujuran, kepercayaan dan akauntabiliti dalam setiap keputusan serta tindakan—ini asas profesionalisme kami.
Kami sasarkan standard yang tinggi dalam latihan dan perundingan supaya hasilnya bermakna dan berpanjangan.
Kami sentiasa kemas kini pendekatan dan solusi latihan supaya kekal relevan dalam industri yang sentiasa berubah.
Kami komited untuk beri nilai yang konsisten dan impak jangka panjang kepada klien dan rakan strategik.
Keutamaan kami ialah matlamat dan keperluan klien—kami letakkan diri sebagai rakan strategik dalam perjalanan pertumbuhan mereka.
